☆゚。・:*:・。゚ Muncung ゚。・:*:・゚☆

 

untuk pertama kalinya saya share disini :


muka Zander Hafiy sedang merajuk ! my goodness.. geram sangat !
saya tegur dia, be a smarter boy. jangan asyik nak merengek je. 
if nak something, apa salahnya minta baik - baik.. 
bukannya guna suara nak menangis. mengada - ngada namanya tuuuu. 
saya bebel macam bebel pada orang tua. bukan bebel lah, nasihat sebenarnya.. 
umur macam ni, kita kena banyak tegur & kemudian beri contoh apakah 
yang sepatutnya dibuat. Janganlah kita marah - marah anak, 
tapi kita tak beritahu dia exactly apa yang perlu dibuat selepas itu. 

macam tadi, saya tegur dia."you're a smart boy Zander Hafiy. please be smarter"
"kalau daddy menyakat, Hafiy tak perlu menangis. Hafiy cakap saja pada daddy
dah lah tuuuu daddy.. janganlah buat Hafiy.." (Daddy memang kuat mengusik)
"kalau nak minta mummy or daddy hulurkan barang, cuba jangan menangis !"
(sambil tu saya ajuk balik apa yang dia merengek sebelum tu hahaha jahatnya aku)
"daripada Hafiy merengek, lepas tu menangis.. buat penat saja."
"apa kata Hafiy minta baik - baik, lembut - lembut barulah best..."

saya akan pastikan anak angguk faham setiap kali saya tegur dia. 
macam tadi, tiba - tiba suasana dalam kereta jadi sunyi. 
dia diam sepanjang perjalanan. tu lah yang mummy snap pictures !
tapi selepas tu nampak ada perubahan, 
bila mood dia dah pulih semula, instead of merengek hentak kaki.. 
dia mula minta dengan baik, nada yang tak kasar & mengada. 
lepas tu jangan lupa puji & surely dia akan ingat his lesson sampai bila - bila. 
kalau boleh, nanti nak dia ajar adik dia how to be a well mannered person juga.

bukan senang nak membentuk anak jadi "orang".. 
selamat malam, sayang selalu ! bye bye

1 comments:

nuui said...

Ada baby esok. Tulisan di sini menjadi 'tanda aras pembelajaran -ku'. :)

Thank you jue! :)