☆゚。・:*:・。゚ Princess Room ゚。・:*:・゚☆


tengahari tadi ustaz Azhar Idrus (UAI) datang makan di kedai saya.
suami saya sempat berbual dengan ustaz yang ramai peminat tersebut.
saya ? saya ni pemalu.. snap gambar pun dari jauh.
sebelum beliau pergi saya sekadar mengucapkan "terima kasih & datang lagi"
sambil tersengih nampak semua barisan gigi ni. hihihi.
rupa - rupanya ini adalah kunjungan ke-3 UAI ke kedai kami.
tapi kami tak sedar ! mungkin masa kedai saya sedang sesak dengan customers,
ataupun kami semua yang sentiasa sibuk..
mana sempat nak cam ustaz kegemaran ramai tu.
apa pun Alhamdulillah, datanglah makan nasi ayam lagi yea..
anda pula yang sedang membaca ni, bila lagi nak datang ke kedai saya ?


ok now saya nak share pengalaman membuat miniature. 
saya enjoy sangat nak siapkan diy miniature ni, tambah seronok 
bila hubby pun masuk campur sekali. hingga tak tidur kami dibuatnya ! 
bukan tak tidur langsung lah.. tapi tidur terlalu lewat 
kerana terlalu ralit & bersemangat nak siapkan semuanya. 
really additive lah this miniature thingy.. cubalah kalau tak percaya. 


so saya & hubby selalunya akan berebut bahagian mana yang kami nak buat. 
hubby akan siapkan furnitures, bahagian melekat kayu kayan segala, 
saya pula bahagian jahit menjahit, bengkok kan dawai lah hapa.. 
gunting sana sini.. aduhhhh kerja leceh sebenarnya, 
tapi bila dah siap.. we're like... WOW !!! comelnyaaaaaaaaa ! 


saya letak princess dream room ni di side table. 
oh cantiknya bila on lampu di dalam bilik comel cinonet tu.. 
cahaya terang pula & boleh dijadikan lampu tidur ! 
set ni ada windup music box & anak saya suka sangatlah 
pusingkan windup key tu untuk dengar lagu & tengok mr horsey rotating. 


bila dream room ni dah siap, masa saya & hubby baring - baring.. 
kami tergelak sakan bila imbas balik kenangan buat benda ni,
punyalah mencabar kesabaran ! terutamanya bila nak buat chandelier, 
huwaaa nak lekatkan semua beads & wires bukan senang weh. 
guna gam gajah & gam UHU pula tu. habis jari - jemari melekat.
lepas tu macam mana bila salah seorang kami bangun tidur, 
mesti terus meluru tengok apa progress projek usahasama kami ni hahaha. 


pernah juga kami tergaduh sikit tentang beads yang tak cukup atau terhilang. 
bila diingat balik, mesti tergelak.. punyalah berdebat sakan. 
padahal boleh je beli beads yang sama di kedai2 berdekatan.


& satu lagi hal yang mencabar keimanan sepanjang buat projek ni adalah,
bila kami terpaksa buat segalanya mengguna instruction booklet 
berbahasa cina ! no translation. alahai geramnya hatiiiiiiiiiiii ! 
tapi saya & hubby bantai je, main teka - teka. agak susah, tapi siap juga akhirnya.
apa pun, miniature set macam ni memang comel sangat bila dah siap. 
rasa tak puas mata memandang. 


ipod nano yang sekali sekala sangat saya guna sekarang ni. 
& tadi saya keluarkan semula untuk masukkan lagu - lagu baru. 
haaa nanti bolehlah dengar sambil masak memasak.
&  i'm loving my new sweet decoden earphone. 
rasa nak ngap ngap !


okaylah dear darlings, 
i'm going to bed now. mengantuk sungguh rasanya. 
tadi sambil menaip, dah beberapa kali saya terlelap/tersengguk.
have a wonderful night rest everyone !

7 comments:

Irfa said...

Kedai Jue jauh sgt dr tpt akak
klu tk harus mncubanya

gigih ye Jue mmbelek mnde kecit camtu
akak kurang sabar

Ailyl Rozanna said...

kak ju ya allah lawanya miniature tu. tekun betul kak ju mengadap benda halus gitu..

ezyane said...

omaigosh...cantek sgt..ni yg terasa nak buat jugak ni.. selalu kalau nampak miniature terasa nak buat, tapi each time tu rasa mcm takkan mampu sbb kena ada kesabaran yang sangat tinggi which is I takde kesabaran tahap tu.. :D

kagum betul dgn jue :)

nisa khairi said...

Nk pegi kedai kak ju..tp nisa pun kurang pasti bila dpt pegi..sebab nisa sendiri pun rindu dengan Kuantan yang satu ketika dulu pernah menetap di sana.. Insyaallah one day mesti singgah punye..nak jumpe kekwn nisa juga kt sane...

ada the baker said...

this so awesome kak jue. feeling like a princess :)

Zalia said...

kak jue..nti sy balik malaysia during summer sy akan singgah mkn kat kedai kak jue..hehehe..oh suke sgt your miniature house..tapi sy rase the precious time you shared with your husband is more worthwhile :))

Farah said...

omg comelnyaaaa the miniature house!! love it so much <3 hehe. wish i can make it one day tp it looks like it needs so much patience!! tp the end result lawa sangat T____T

x