
hi semua ! me & hubby baru lepas settle gaji pekerja.
Alhamdulillah, berakhir sudah bulan januari.
banyak cabaran / selok belok perniagaan yang saya dan hubby belajar.
mujurlah saya ni dah sepuluh tahun training dengan mama dulu.
haihh bila dah handle business sendiri macam ni,
baru saya tahu perit jerih mama saya tu.
banyak perangai saya sekarang, saya tengok dah sama dengan mama tau.
orang kata 'menurun' mama..

baru - baru ni hubby bawa saya ke refleksologi di jalan teluk sisek.
mulanya sayalah yang mengeluh pada hubby, mahu urut kaki yang betul - betul urut.
bukan main - main punya urut macam di spa thailand
atau tukang urut melayu di taman kerang. semuanya boringgggg ! takda rasa.
masa tu kami sebenarnya baru balik dari specialist hospital,
then hubby ternampak pusat refleksologi ni, terus u-turn & singgah.
sepanjang sesi diurut, berkali - kali saya kata pada hubby,
tak menyesal datang ke tempat tu. sebab memang best gila !!
cina tua yang urut tapak kaki & dia bukan calang orang, otai kungfu rupanya.
so sambil dia tekan point refleks di kaki saya, dia beritahu apa masalah saya.
saya ni banyak berfikir, TERLALU banyak berfikir & badan tersangatlah penat.
lepas tu ada masalah paru - paru & juga jantung.
hmm betul lah tu, saya kan asthma teruk baru - baru ni. kesian saya..
setiap minggu kena pergi urut refleksologi di tempat uncle tu.
nanti saya nak bawa mama sekali. nak belanja dia.. mesti mama suka !
kelmarin saya & hubby ke Lovely Fish.
akhirnyaaaaaaa saya dah dapat sebiji akuarium untuk diletak di kedai saya tu.
wahhh masa saya di Lovely Fish tu, saya banyak belajar tentang membela ikan !
baru saya tahu banyak sebab kenapa dulu - dulu setiap kali bela ikan,
tak sampai dua hari mesti ikan dah arwah. dari kecil tau saya cuba bela ikan.
tapi selalu takda rezeki nak bela lama - lama.
then bila bual dengan sales consultant di situ,
banyaklah benda baru yang saya belajar.
ini akuarium comel saya ! semuanya was custom designed.
kita hanya beritahu nak size akuarium berapa inci, mahu theme apa,
untuk berapa ekor ikan, Lovely Fish akan uruskan semuanya.
saya & hubby minta 25 ekor ikan kecil kecil.
tapiiii kami menunggu cina tu tangguk ikan saja hampir sejam di situ !
saya dah mula bising, tapi barulah saya faham..
Lovely Fish ni tersangatlah detail dengan hasil kerja mereka.
even nak decorate akuarium kecil pun dia punya detail, uihh kagum saya.
ikan - ikan pun perlu dipilih teliti & dicatat setiap namanya.
semuanya wajib mengikut tema akuarium yang dah dibuat.
warna ikan dipilih teliti, jenis ikan, size ikan, segalanyalah teliti.
pendek kata, banyaklah yang saya dapat belajar di Lovely Fish ni.
mummy just got him another three lunch tin boxes !
yang lama dulu, dia jadikan bekas simpan toys.
kali ni saya beli lunch box lagi untuk dia bawa makanan & air ke school.
teringat lagi mummy masa kecil dulu,
mulai primary school memang mama saya dah
beri saya bawa lunch box ke sekolah.
masa tu box saya bergambar sesame street. suka sangat !
zaman sekarang ni, lagilah meriah design yang ada.. seronok saya pilih.
saya pilih captain america & iron man untuk Hafiy guna.
senang sikit segala bekal & botol air dia saya letakkan sekali.
takdalah berterabur kalau dalam beg sekolah..
oh lagi satu ni.. saya beli lunch box the simpsons !
sacrilicious adalah salah satu episode dalam siri ni.
tin box ni agak besar, so mummy akan simpan baik - baik
until Hafiy dah masuk primary school.. baru mummy beri guna.
antara bento box yang sempat saya buat untuk Zander Hafiy
setiap pagi sebelum dia ke sekolah.
kadangkala tak sempat juga, kerana saya sibuk uruskan kedai.
so tidaklah selalu.. atleast adalah juga buat bekalan anak,
daripada takda lansung kan..? huhuhuuu
diatas ni saya cuba buat caterpillar. macam tak jadi, tapi peduli hapa.
bun tikus comel.
boleh lah ehh...
ini pula nasi goreng..
teacher di sekolah pun turut sama excited nak tengok bento
yang saya beri pada Hafiy.

okaylah.. saya nak rehat kejap.
oh malam ni hubby ajak movie date.
movie apa best eh.. dah seminggu tak layan movie ni.
jumpa lagi semua. byeeee 


i surround myself with cute things. i'll write about anything that grabs my attention
knocks me over. i develop new loves
obsessions each day. i love the combination the color of pink + white. pretty wifey to mr.Afan. a cheerful loving mummy to my dear Butterbun, Zander Hafiy. i'm the type of person that constantly smiles
. i always buy or get given
Hello Kitty stuffs all the time.
i'm very random. i hate
Negativity
please refrain from advertising or spamming in my Cbox. if you require an avenue to express your stupidity
, please do it somewhere else
. Other than that, feel free to be random, though i would prefer it if you tagged using your name instead of stranger, someone, noname, passerby or whatever.
this page is ONLY best viewed with Firefox or Google Chrome
me, coz i love emails . feel free to ask me questions if you're wondering about anything, if you need any tips or any recommendations









Kyeeema 
June 2nd,2008




























































17 comments:
cutenya yang simpsons tu.. hye ju! =)
Alahai comel nya.. Jue tak tanya cikgu ke, kawan-kawan Hafiy tak tumpang tengok/terkam makanan Hafiy? :)
*auntie anne*
comel sgt2....sibuk pun masih sempat hias2 semua nie...terbaiklah k.jue...
hai jue ohh sume nye comel suka suka suka.. sama mcm cikgu elin ckp kat ida setiap hari cikgu excited nk tgk bento elin ahak
comelnyeeeeeee, k.ju...ape tips nak bagi anak rambut perang cam hafiy,,,
omeynyeee, geram tgok!!
hi Surayaaaaaaaa
hari tu ju try masuk blog sue tapi tak bolehhh. i miss your ramblings !
aunty anne,
yesss teacher kata tiap hari tunggu hafiy hulur bekal dia tu. dorang nak tengok apa pula yg dihidangkan utk hafiy.
kawan kawan dia ada juga nak mengecek.. hafiy bagi je
thanx sya & ida,
ida.. samalah teacher hafiy pun camtu juga.
sya.. kakju cuba sedaya upaya.
Qiela dear,
tips dia ? wahahaha
sila cari pasangan yg berambut perang juga.
kakju perang sikit, hubby's punya rambut perang banyak!
so anak pun perang ala hazelnut lah rambutnya.
thanx dik
Hi Julia,
bestlaa lunch boxes Hafiy. dia dah pandai jaga barang2 dia la ek. kalau anak saya bawak bekal, tertinggal sokmo. tapi kena di ajar jugak. masuk sekolah rendah senang.
nak tanya:
1. julia beli kat mana lunch boxes tu? mmg boyish design nyer.
2. lau bawak lunch boxes ke skolah, ada masuk dalam beg dia jugak ke? @ carry cma tu je?
hehehe..banyak tanya kan mama hafiy ni...
thanks dear!
Bagus anak. Kongsi-kongsi makan, nanti besar ajak kawan-kawan makan di kedai Mummy Daddy pula. :)
Comelnya sepet ni. Ensem! nak peluk boleh tak Mummy. :)
*auntie anne*
Hello Mama Hafiy kl !
mari menjawap soalan:
1) bought from Ebay, search for seller name "toy-ko".
2) lunch box ni jangan letak dalam bag, biar anak bawa di tangan. =)
Aunty Anne,
meh ahh datang kuantan, boleh peluk hafiy.. =)
InsyaAllah. Nanti Auntie datang secara suprises! :)
*auntie anne*
Hi Julia,
thanks a lot for the info. will search for that ;)
take care k & xoxo utk Hafiy Kuantan ;)
comelnye jue buat bento untuk hafiy.. hehehe haza nak buat.. tapi sekarang kena buat 4 bekas dah.. 2 anak + 2 niece.. hehehe
olaa jue!
comel sgt bekal tu.dahlah sy tgh prgnant,tengok bekal hafiy terus kecur!mana nak dapat semua ni memalam buta.huu T___T
btw,yg sebelah bun tikus comel tu swiss roll kan?yummy!
Post a Comment