☆゚。・:*:・。゚ Zander's 3rd Birthday ゚。・:*:・゚☆


saya ambil masa yang lama juga untuk dapatkan waktu yang sesuai
supaya boleh menghadap laptop, resize pictures & mengkarang entry secara tenang.
ini pun saya cuba taip selaju yang mungkin kerana keadaan kedai agak busy. 
tapi hmm sebenarnya saya excited nak selitkan gambar - gambar kenangan 
birthday Zander Hafiy tahun 2013 ni. 
saya tak mahu semuanya basi if lambat buat entry ni. 
padahal sama je kan cepat atau lambat ? 
ahhh saya tak peduli, mahu buat karangan bergambar sekarang juga.. 
so.. mari menjamu mata anda bersama saya.. 
saya mahu anda rasakan sekali keseronokan saya menyediakan mini party
ala kadar tak seberapa saya ni.. 


well.. semuanya adalah last minute preparation.
cuma birthday kali ni, mummy ada daddy. 
lega sangat rasanya. bila semua yang saya mahu, disediakan daddy.
above pic, kami pergi beli helium balloons pagi tu.
so petang tu, saya hanya sempat sediakan hidangan ringan ala kadar 
& venue pun cuma di kedai kecil saya tu. 


Centerpiece yang mummy dah buat malam sebelumnya 
konon mahu buat Dr.Seuss's cat in the hat theme. 
tapi akhirnya saya buat theme rojak. campur aduk segala yang fun. 


cupcakes comel. sangat disukai ramai. 
lepas makan, habis mulut bertukar biru muda. hahaha. 
termasuklah mummy. 


clown cupcakes yang saya sempat decorate sendiri. 
oh cupcakes kosong saya order di bakery berdekatan, 
saya cuma deco kesemuanya menjadi clown cupcakes.


dua minggu sebelum party ni, 
kami bawa Hafiy ke Secret Recipe untuk pilih cake yang dia mahu.
dah suruh pilih football cake, dia tak nak.. mahu nemo juga. 
ok sukahati. me & hubby setuju saja. asalkan dia suka & happy nanti.
thanks juga untuk tokwan kerana bawa cake buat cucu tersayang.. 
habis licin semuanya malam tu.. nyam nyam.  


saya ada masak mee goreng. tak sempat ambil gambar. 
tak menarik pun, tapi yang penting sedap & habis licin mee tu. wahaaa.. 
& roti pita blackpepper beef, saya selitkan quail egg berupa mouse
pada setiap roti pita. comel comel comel ! 


pencuci mulut, 
honeydew pudding yang daddy buat
& creamy avocado fruit salad.
just in case if you're wondering, 
atas pudding tersebut adalah roti hotdog yang saya jadikan 
maush (mouse) juga. 


teddy bear burgers ! oh my goodness.. 
saya buat 32 biji & kesemuanya habis licin. 
mini party ni saya buat di tengah - tengah kedai. 
so ramailah customers yang datang join juga
untuk merasa hidangan comel - comel ni. 
ada akak tu berkali - kali tanya hubby, 
wife dia ni terima tempahan catering tak ? hihihi.. 
hubby kata, "wife saya tak terima tempahan." 
cuma hobby wife dia ni memang macam ni, 
segalanya adalah comel setiap masa, 
even makanan anak pun selalunya dia buat comel. 
birthday party anak pun kenalah comel. wahh thanx daddy. 
puji - puji mummy macam tu pada orang lain. 
takda daddy. mummy pun tak terdaya nak buat segalanya seorang diri tau.
thank you for everything love. muah ! 
oh masa party, Hafiy dapat banyak birthday gifts.
malam tu saya & hubby seronok layan 
excitement dia buka setiap hadiah. 


and to you my dear Zander Hafiy, 
mummy & daddy wish you a year with loads of fun,
excitements & more beautiful memories. 
you are an amazing little boy, we're very thankful for
all the joy you bring into our life..
Happy Birthday sepet sayang ! 

14 comments:

NISA KHAIRI said...

Oh,birthday party ni bukan persiapan ala kadar.yg ni betul2 hebat, so fun.. Nisa yg tengok rasa teruja. Tunjuk kt anak picture2 birthday hafiy, mulut anak tak habis2 kata wah!hebat ni!hahaha..semua comel kak ju. Serious nisa kagum sangat dgn kak ju. And my husband skrg pun dh faham kenapa nisa suka kata nk jadi mcm kak ju.. Hahaha.. Smoga kak ju,hafiy n mr affand ceria selalu.. Ameen

J u l i a 。.゜✿ said...

Hi nisa sayang..

ishh memang ala kadar sangat nisa kakju rasa, sebab hidangan tak seberapa sebenarnya. kakju tengok birthday party anak orang lain, makanan semua gempak2. tu yang segan je.. tapi bila party dah habis. rasa terharu sebab licin ! siap ada yang bawa balik. hihihuhu..

thank you nisa, nanti buat birthday haiqal makanan kiut kiut juga eh =)

Ailyl Rozanna said...

Happy birthday hafiy! Sis. Makanan tu semua cute3 gila!! Good job. Suka sangat tengok.

safiyyah osman said...

Akak ni dri dlu selalu bg saya ilham nk bgi anak y tbaik n salu buat saya rsa semangat gila nk deco makanan comey2..sya dh siap beli brg2 nk buat bento suma sbb jd smangt tgk makanan akak buat dkt hafiy..tq kak...

Happy birthday hafiy!!!

Super Nia Hana said...

happy belated bday hafiy!!

sungguh melampau kiut kesemua food to jue!!!

hana igt jue tempah! tpppppp nila amati bebetul, semua ni mmg dari hasil tgn jue.
too perfect my dear!

happyichigo♥ said...

Sukenye tengok semua pictures, so clear and colourful with cute foods and happy faces! Meriahnya, dunno nspe ju kata sederhana! Semua diy, lagi best if compared to big parties yg amek khidmat caterer, even hias pun gune khidmat org lain..well, diff ppl diff opinion but u did a really great job ju!!!! Bravooo!!! Ingat masa ju datang kino cakap pasal preparation birthday hafiy dengan theme dr seuss!!!

Rara said...

Happy birthday Zander Hafiy ^__^

Makin comel! Makin handsome! Makin good boy pandai jaga Mummy. Kakjuuuu geramnyaaa tengok semua makanan tu! Comel comel comel!!! Semoga kakju dengan family selalu bahagia & happy!

Lisa Dearlova said...

Woaahhh!! Hebatlah bday party hafiy.. semua makanan nampak sedappp.. Ju mmg mummy yg kreatif.. suka tgk semuaa...

Happy Blated Bday Zander Hafiy!!

Anonymous said...

Happy B'day Zander Hafiy!
Mummy Jue ni mmg cretive sentiasa <3

Luv
*Sely*

Dilakochan said...

happy belated bday zander hafiy!
be a good boy.

Akk, semuanya nampak comels....nampak sedap!!
Rajin n creative sgt akk ni! :D

Leila Fadzleen said...

Happy 3rd Birthday Zander Hafiy! Dah besar dah dia. And God I love your decorations kak Jue!! Miss you heaps!

Irfa said...

happy bday hensem boy
untung kamu ye dapat mummy super kreatif ni ;)

Mama Hafiy said...

Hi Julia,

Happy Belated Birthday Hafiy Kuantan! Hafiy KL bulan 5 nanti ;)

pape pun, u did a good job! smua nyer cute mute belaka & bg idea pada orang lain esp me :)

Wish you all the best. AMin

Anonymous said...

Sangat sempurna. :)

*anne*