☆゚。・:*:・。゚ Alice's Diary` ゚。・:*:・゚☆


hi semua ! saya online dari kedai baru. yeyeyeyei kedai ni ada wifi;
salah satu sebab untuk saya semakin sayang kedai baru saya ni.
saya cuba sedaya upaya luangkan secubit masa untuk beberapa kerat coretan disini.
ahhh banyaknya saya  nak cerita. ada yang mengsedihkan, ada yang menggembirakan.
dua hari sebelum kedai dibuka, iPhone4s saya telah diragut penjahat.
masa tu semua orang ada, pintu kedai hanya dibuka separuh..
dan saya pula sedang duduk di meja sambil menyuap makan anak.
tiba - tiba ada lelaki hitam muka penuh berjerawat batu dengan gelojohnya
datang meragut phone pouch saya yang comel diatas meja !
menjerit bersumpah seranah pun dah takda guna, peragut tu bebas lari lintang pukang.
saya terus bergegas ke balai polis untuk file report.
dengan bantuan phone suami, saya dapat locked & erased semua data dalam iphone tu.
dapat detect those bastards sedang berjalan keliling kuantan parade untuk cuba
jual hasil curian mereka. saya hampir putus asa sebenarnya petang tu..
tapi entah macam mana my luck, dapat juga fotostat IC sang peragut.
saya tak kisah kalau tak dapat semula my iPhone4s, 
tapi saya nak penjahat tersebut dihukum ! hukum sula kalau boleh.. 
so kita serahkan tugas menangkap tersebut kepada pihak polis..


banyak dugaan saya sepanjang nak setup kedai baru ni. ada saja perkara berbangkit.
tapi saya redah juga. tak kiralah masalah personal ke hapa.. saya tak peduli !
saya gian berniaga. saya nak jadi macam mama saya yang dah tak tahu nak guna duit
untuk beli apa. tak mustahil saya boleh jadi macam mama juga.. insyaAllah.
segala yang saya sedang usahakan ni adalah semata - mata untuk Zander Hafiy juga..
segalanya untuk anak teruna saya. muah ! 


so.. about my new shop.. its my own. my own !! haha.. miahaha... miahuhuhu..
saya beli tapak perniagaan ni dengan harga rm300k. pejam mata & tarik nafas panjang.
its a whole lot of money. habis duit simpanan untuk Zander Hafiy,
tapi mummy sentiasa positive, mummy tahu.. mummy takkan regret buat investment ni.
hari pertama buka kedai, orang tak ramai.. sebab signboard pun tak siap lagi.
tiada siapa tahu kami dah took over the place. rasa depressed juga hari tu..


hari kedua.. sales semakin tinggi. hari ketiga, satu signboard besar dah naik ;
customers dah mula buat perangai beratur panjang depan kaunter.. whoaa best best. 
dan dua hari lepas, signboard yang lebih besar sudah dipasang di depan kedai,



dan sejak hari tu sales menjulang tinggi. 
segala puji bagi Allah ! 
semoga semakin melimpah rezeki my little family..


dah berniaga sendiri ni, merasalah saya pakai cheque book sendiri. 
biasanya tengok mama je yang bayar sana sini guna cheque.. 
now its my turn ! wheee terasa macam dah errr macam dah tua matang sesangat. 
tapi senang berurusan, tak perlu bawa banyak pocket money..
cheque book wallet was a handmade by a good friend of mine, Sheila Marie.
laju dia siapkan order saya. kemas & cantik jahitannya.
siapa berminat dengan custom handmade bags/wallet, boleh contact kawan saya ni.   


item kedua yang yang menjadi peneman setia saya sekarang 
adalah Alice's diary. love my new schedule book, look so vintagely cute ! 


sekali pandang memang macam story book je. 
dua kali pandang, rupanya schedule book. comel gila ! 
saya suka kesemua illustrations dalam book ni.  



where did i buy it ? from Ebay lah. nak cari benda secomel ni di Kuantan, 
huh memang payah sesangat. if terjumpa pun, can consider as bertuah gila. haha. 


tengoklah budak sepet darling mummy ni, 
bertimbang rasa & understanding sungguh. dia faham mummy work hard. 
saya sebak tengok anak tidur macam ni.. 
what to do.. ini lah nasib anak tokey. 


daddy tengok anak kesayangan dia tidur dalam keadaan darurat macam tu, 
petang tu juga daybed untuk Hafiy sampai. warna merah ! thank you darling. 
semakin cantik berseri kaunter kedai mummy ni. 
sejak dapat daybed cun ni, Hafiy dapat rest dengan selesa. 
his afternoon nap pun berjam - jam lamanya. 

so itu lah sedikit sebanyak perjalanan liku - liku hidup saya. ecewah ! 
saya nak balik rumah dah. esok nak work hard lagi. thanx for reading everyone. 
nanti ada masa, saya cerita lagi !  bye bye

24 comments:

glazsliper said...

wahhhh!! congrats ju darlim! ida doakan rezeki ju murah.. bess nye ju ada kedai sendiri!!! syukur ya Allah!

eiz said...

thniah kak jue..wah mkin bz le pas ni..hope akak trys success..
jgn smpi lpe update ye..
take care kak jue..

ಞNUR SYAFINASও said...

mcam nk pegi jek kedai kak jue :)

Anonymous said...

Hello dear,hanya satu nasihat yang ikhlas.Jangan selalu tunjuk duit macam cek yang tulis nilai yang banyak.Sebab macam ni yang selalu menyebabkan anda menjadi sasaran pencuri.

mun said...

wah bestnyee kak jueee de restoran sendiri...perniagaan sendiri....moga kak jue sekeluarga murah rezeki lah yeeee

Coffee Mama said...

Congrats Jue on your new shop! Hopefully rezeki semakin bertambah dan melimpah ruah :-) Dah busy tu jangan lupa update blog yg comel ni ye...

WaN dAn TiE said...

Alhamdulillah... kalu nanti kalu pergi kuantan nak ajak pergi kedai jue.

Anonymous said...

Tahniah jue! Nnt free sure miran pergi cari nasi air!!

putrinorashiqin said...

Tahniah Kak Ju..bilala nak ada rezeki mcm nih mmuahh all the best to you n your family..

♥♥relyza♥♥ said...

waaaa tahniah ju! kedai ni dekat ngan ECM ke?
if mama ju idola ju, ju lak idola anor. wish to have my own shop!
hafiy very understanding & smart. pandai bawa diri while his mommy working hard.

Zalia said...

Alhamdulillah. Nanti kalau sy balik Malaysia tahun depan, Insya Allah sy singgah kedai Kak Jue ni :)

nisa said...

Oh, nisa sgt faham perasaan kak ju bila iphone kesayangan dicuri.. Same kes dgn nisa dululah. Apa pun tahniah sbb dah buka new outlet n biz sndiri lg. Paling best bangunan sendiri. Sgt murahlah bg nisa 300k kedai di kuantan,di tempat nisa kalo nk beli dorg jual rm1.7juta.. Kalo harga 300k.. Sume area luar bandar.. Aishh kalaulah nisa dpt beli juga bangunan sendiri.. Hmm.. Semoga terus maju jaya ya kak ju..

J u l i a 。.゜✿ said...

dear Nisa,
how are you sweetie?
kakju still rindu iphone lama.
sayang sekali, baru guna 6 bulan. hadiah dari papa pula tu.

oh nisa.. silap kakju sebenarnya.
rm300k tu kakju beli tapak perniagaan sahaja.
from the previous tenant.
dia jual semua barang dlm kedai tu pada kakju.
sewa still sewa, 13k/month

Anonymous said...

Salaam...


Tahniah kak ju! moga bisnes rancak dan bagi manyak2 untung woo..InsyaAllah kalau datang Kuantan akan singgah kedai kak ju...

Moga murah rezeki kak ju sekeluarga..


-Noth-

Dilakochan said...

Hopefully turun kuantan next time, dpt pergi kedai akak!!

All the best kak.

Puas hati bila nampak pelanggan mula penuh dkt kedai!

Anonymous said...

Tahniah my darling!. Chayokk! :)

*anne*

εïзmummyHazaεïз said...

congrate k.ju... moga success sentiasa ya....

Cotton Candy said...

Tumpang gembira membaca perniagaan Julia semakin maju.

Hati-hati ya dengan brgn dan keselamatan Julia serta keluarga.
Baca Ayatul Kursi selalu dan 3Quls.

Semoga terus berjaya dan bahagia(^_^)

Anonymous said...

Tahniah dear darlings. Take care. Jangan lupa rehat juga yea.

*anne*

Cujie said...

congrats juju...
insyallah one day akan sampai kuantan and singgah kedai ju

kalau ju punya hp kena ragut
last khamis tu hari motor double r kawasaki kitorang kena curi...
solex 3 biji punya diorang berjaya potong... sekali dengan 1 rantai yang rantai roda motor...

iekan78 said...

congrats julia....nnt blh singgah bila tiba di kuantan....

De' Nurul said...

cangrats kakju!!!!!!! area mana ye? nnt if turun kuantan bole la datang. hugssss!!!!

Mama Hafiy said...

as-salam,

hi Julia. 1st of all, congrats utk opening kedai baru! very proud of u my dear. Insha-Allah semua usaha keras & niat yang baik pasti mendapat balasan yang baik dariNya. everybody will be proud with you!

nanti kalau pi Kuantan, wajib singgah kedai baru Julia ni! semoga maju jaya & sukses sokmo bisnes!

XOXO utk Hafiy yea.

mama leen said...

wah cantiknya day bed.. semoga rezeki bertambah lepas ni .. :)