☆゚。・:*:・。゚ Panda Water ゚。・:*:・゚☆


hi  semua. apa khabar ? saya sedang lapar ni. 
rasa menyesal pula sebab makan main - main masa dinner tadi. 
haih entah lah saya ni, makanan dah sampai depan mata, tiada selera pula. 
 agaknya kerana badan terlalu penat. otak pula ligat berfikir segala macam hal. 
banyak benda yang saya kena buat esok tulat lusa dan seterusnya. 
semuanya on my own. sekali sekala mama akan turut masuk campur. 
kalau boleh saya tak nak susahkan mama. tak sampai hati. saya nak usaha sendiri. 
saya ni pula jenis semuanya nak buat sendiri, tapi kederat perempuan ayu.. 
setakat manalah sangat yang mampu.. agak terbatas 
takpa ! saya kuat semangat & tak pernah lemah.. 


nak setup business baru bukannya boleh bersenang - lenang. 
semuanya buat sendiri, barulah puas hati. 
haa merasalah saya berupa seorang bibik.   takpa, saya rela je.
sambil kemas kedai, ramai yang lalu lalang & perasan muka saya di kedai baru ni. 
kebanyakannya regular customers kami. 
mereka happy bila dapat tahu cawangan baru akan dibuka dekat dengan ofis mereka. 
saya yakin, investment yang saya dah buat untuk dapatkan tapak business ni
adalah keputusan yang tepat.  very life changing. idaman saya sejak dulu. 
lokasi kedai saya ni strategic, cantik, menawan tak terperi. haha. 
oh nanti depan kedai saya akan dibina sebiji lagi Mall. kan bagus tu ! 
semoga segalanya berjalan dengan baik seperti yang diidamkan. insyaAllah   


 saya kalau boleh tak mahu kedai baru ni nampak sangat ekslusif 
nanti kang orang segan nak masuk. so kerusi meja sedia ada, saya guna kesemuanya.
kemudian saya order lagi 16 biji meja macam di foodcourt mama. 
agaknya warna apa yang saya pilih untuk meja & kerusi baru ? 
hehehe nanti sila tengok sendiri.. meh jemput datang kedai meh meh.
 bulan december ni okay.. 


 oh esok nak uruskan lesen perniagaan, signboards, 
then got slight renovation to do, yang ni tak buat sendiri. saya panggil contractor. 
nak cat kedai sikit. pastu nak tambah pinggan mangkuk & kitchenwares. 
nak pergi beli ice maker, nak cari cash register baru.
nak cari pokok bunga sikit.  hehe wa kan minah bunga. 
so kedai baru nanti wajib berbunga sikit. biar sejuk mata memandang.. 
lagi nak buat apa yea ? ehh banyak lagi lah.. i'm so excited ! 
hmm kinderplay sepet pun tak sempat register lagi. 
ok ok.. one by one. haihh ligatnya otak ni berfikir. nak rest sikit, boleh ?


okay tak nak cerita pasal kedai dah. jom lencong entry sikit : 
ahaaaa malam tadi bawa balik panda water dispenser. comel !
dalam sibuk - sibuk cari barang kedai, terselit juga satu harta karun untuk diri sendiri.
eh seriously cute lah this thing. boleh dijadikan wedding gift juga. 
 ahaaaa awal december ni ada wedding yang saya tak dapat attend, 
bolehlah pos panda macam ni sebagai pengganti diri.. good idea juga kan ? 


"picit hidung panda untuk dapatkan air minuman anda"
air akan keluar dari mulut Panda. jangan bayangkan benda lain yea .
tak baik. itu kan panda water dispenser... hehe.
okay, dah tak lapar. now can go to sleep. thank you for reading.
have a good night rest everyone. sweetdreams 

14 comments:

glazsliper said...

nak jadi 1st! nak jadi 1st! congrat ju.. semoga ju sukses in business ju.. ida pon teringin nak run bisnes hubby ida tu tapi tak berapa nk confident lagi.. dgn bdk2 masih kecil mcm terbantut semua....

εïз mummyHaza εïз said...

comel... k.jue dah kurus... nak kurus macam kak jue... :)-

ochs widdle said...

so cute!!

kak..mana beli panda water dispenser ni..
nak pesan boleh?huhu

♡ izzah ♡ said...

comelnya panda tu!besar tak jue?plastik kan?Aritu tgk iklan spritzer,ade water dispenser color pink,verangan nak beli.kehkehkeh..

♡ izzah ♡ said...

comelnya panda!besar tak jue?plastik kan?aritu nampak iklan water dispenser spritzer kat tv,ade kaler pink.verangan nak beli,rupenye jue punye lg cantik!hehe

Masy said...

comelnyeeeeee!! nak nak nak nak nak!!

Dilakochan said...

hahaah comell nye panda tu!

K.ju kuruss..bila la nk kurus cm kak ju ni!

♥♥relyza♥♥ said...

tahniah ju!!! kat mana location kedai baru ni?

Anonymous said...

Happy for you dear. :) Doa i moga segalanya di permudahkan. Yes! do one by one. Jap lagi habislah semuanya tu.

Take care and dont forget to get your good rest!.

*anne*

NISA KHAIRI said...

K.ju comeeellllll. Suka sangat tiap kali ada entri baru k.ju.. Sonoknya nk buka new outlet..hope k.ju jaga kesihatan sama ok..rindu kt hafiy juge.. Tp ops.. Hafiy xde dlm entry kali ni.. But its ok, maybe next time kan? Take care k.ju.. Smart work ya..

J u l i a 。.゜✿ said...

Ochs Widdle,

nak minta tolong beli ke ? harga rm30. if interested, click "email me" button di sidebar k. =)

Mama Hafiy said...

congrats julia! saya doakan supaya smua urusan di permudahkan. Amin.
tak sabar nak pi kedai baru julia nanti.

1 cadangan, kedai tu mesti best lau julia selit skit barang2 kegunaan julia yang comei2 tu. mesti menarik & tertarik orang nak datang.

ochs widdle said...

dah email!

hee! :))

thank youu kak

Irfa said...

comelnya en panda tu
sib baik kuar air dr mulut
kalau dr bawah..#larik cepat nantu jue marah :)