☆゚。・:*:・。゚ Exhaust Cupcake ゚。・:*:・゚☆





anak saya ni kannnnnnnnnn, eiii memang naughty sangat tau !
adalah suatu pagi yang hening tu, kami di rumah Nemma.
saya dengan mama sedang berbual di halaman rumah.
tiba - tiba saya tengok tokyah si Hafiy ni hidupkan enjin motor dia.
agaknya untuk panaskan enjin motor, so biarkan je lah.
tiba - tiba abah twist throttle motor dia tu kuat - kuat. terkejut kami.
haaa tiap kali twist throttle, adalah batu - batu kecil yang terpelanting.
bukan batu saja, sosej yang dah digigit pun ada, cebisan kuih karipap pun ada !
abah saya tu sengih sambil geleng kepala. saya pula bila nampak
semua benda - benda tu terpelanting keluar dari dalam exhaust motor, terus tergelak.
geli hati okeh. mesti kerja anak saya. mesti punyaaaaaa.
sebab dia lah yang paling berminat dengan motor tu.
takda orang lain dah yang minat intai exhaust macam dia.
sosej tu takda siapa dah yang suka makan.. karipap pun sama. dia juga lah.


ni gambar petang tadi, saya tengah tunggu mama bersiap. nak keluar shopping bersama.
bila saja gate terbuka, Hafiy terus meluru masuk & tepuk - tepuk mesra motor tokyah dia.
lepas tu intai exhaust pula. ishhh risau saya ni haaa,
"Hafiy, boleh tak pergi cari hobi lain bila kita kat rumah nemma ?"  
dua tiga kali saya ulang soalan yang sama, Hafiy pergi capai penyapu
& sapu halaman rumah pula. hahaha.. macam - macam perangai lah sepet ni.


mummy sepet pula tak habis - habis dengan hobi mengumpul lipbalm.
cupcake lip balm ni cuma terasa manis saja. semanis frosting.
not really my favourite lah.
kerana saya tetap suka Skittles Lipsmacker yang kawan saya beri dulu.


Cupcake toothpaste ni memang unik. tapi tak selazat yang saya impikan.
sama juga seperti lip balm, rasanya semanis frosting..
tapi saya rasa lagi best kalau ada bau butter sikit ke..
barulah boleh feeling makan cupcake sambil berus gigi.


tetapi saya enjoy juga bersihkan gigi mengguna toothpaste ni,
kerana ianya semanis frosting diatas cupcake
& packagingnya yang tersangatlah comel.

okaylah, takda apa nak cerita dah.
saya nak pergi basuh kaki, gosok gigi & tidur nyenyak selepas tu.
goodnight & sweetdreams lovelies. 

2 comments:

happyichigo♥ said...

hahahhahha

julia darlin'
kelakar lah baca entry ju ni..comel n notty sungguh hafiy ni...

Anonymous said...

Comelnya Mummy. Gebu!


*ssr*

Related Posts with Thumbnails