☆゚。・:*:・。゚ Aristocats ゚。・:*:・゚☆







saya perhatikan anak saya ni macam seorang yang cermat.
pandai betul dia jaga toys ataupun barang mummy dia.
sekali sekala ada juga dia baling toys or building blocks merata.
saya diamkan saja. malas nak marah. malas nak layan.
tapi seminit dua lepas tu, dia pergi kutip semula semua yang bersepah tu
& simpan semula di dalam 'whale'. (whale adalah container besar
berbentuk blue whale yang saya beli sejak 2005 dulu. now dah jadi his toy box)
if barang mummy terjatuh or tergolek atas lantai, Hafiy akan ambil & letak atas meja.
best lah. tak sia - sia saya amalkan perangai macam tu depan dia selama ni.
tak sia - sia juga mummy selalu membongkok kutip toys & simpan dalam whale.
rupanya Hafiy ikut. kadang2 dia punya cermat tu melebih daripada mummy tau.
 
contohnya macam ada satu hari tu,
dalam pocket seluar saya ada sejumlah wang yang hmm agak banyak juga.
saya just lipat & selit dalam pocket macam tu je. sebab nak cepat.
so dah masuk bilik, saya ni relax lah tukar baju.
sekali terpandang duit tu atas meja ! terbeliak mata saya. seram pun ada.
seram kerana saya terbayang, kalaulah tercicir entah dimana duit tu, how lah ?
terus saya pandang Hafiy & say thank you. tersengih lah budak sepet tu.
sama juga kalau dia main carebears figurines kesayangan saya atas dressing table,
dia tau tu semua items kesayangan mummy, lepas main saya tengok
Hafiy akan susun semula semua carebears. alahaiiiii boleh diharap ni nanti bila besar.
  
so far, toys yang Hafiy ada setakat ni semuanya still in good condition.
tiada rosak, tiada patah, tiada hilang ke hapa. saya ni strict juga dengan anak,
kalau dulu nampak saja Hafiy nak rosakkan toy dia, saya mesti jerit.
warning macam - macam, lepuk tangan, membebel, lepuk lagi tangan.
lepas tu simpan toy dalam laci as a punishment. biarkan dia menangis sedu sedan.
bila saya tengok dia dah tak menangis, barulah saya beri semula toy tersebut.
saya nak Hafiy jadi seorang anak yang sayangkan harta benda.
bukannya bila beli mainan, setengah jam lepas tu boleh enjoy & patahkan.
harapnya dengan cara saya macam ni, Hafiy akan jadi anak yang hargai barang.
nampaknya ada berjaya sikitlah kan..
cara anda pula bagaimana ? boleh share dengan saya ?


eh tau tak shopping bags di F.O.S sekarang cantik - cantik.
ada Mickey Mouse, Bambi, lagi apa eh ? tak ingat dah.
tapi semuanya Disney characters.
buat pembelian lebih daripada rm130, you'll get a free shopping bag.
lepas tu cashier tu kata, kalau nak lagi shopping bag cuma rm13 saja.
murah okay. sukanya saya.


saya pilih shopping bag Marie Aristocats. warna purple berkilat - kilat. 
semua shopping bags saya dah letak dalam kereta. 
senang bila nak singgah pasaraya, tak perlu guna plastik dah. 


comel tak kitties ni ? hehe mestilah comel, kalau buruk tak beli pula..
kitties ni bila kita terbalikkan akan jadi mugs tau.
haihh tak dapat bela kitties di rumah ni, ada kitties mugs pun jadilah.

selamat malam semua. jumpa lagi.
goodbye for now.

7 comments:

mun said...

haaaa comel-comel....kak jue pon comel tau....hafiy lagi lah comelllll....anak mun pulak lebih kurang gitu lah...tukang sepah pon yee..tukang kemas pon ye......

Anonymous said...

Makin berseri-seri si-cantik manis ni.. Love both off you. :) Tersenyum manis melihat wajahmu dan baby di screen telefon kecilku. :) *rindu*

*ssr*

εïз mummyHaza εïз said...

comel2... hikhikhik

n0n0i♥a'n'l said...

Tips berguna dari Kak Ju~
Boleh lah apply bila dah ada anak nanti..heeeeeee~

nisa said...

Bagusnya Hafiy,betul cakap Kak Ju... kalau kita nak didik anak mesti bermula dari kita, tunjukkan contoh yang baik, so anak akan ikut dan sekali gus kita adalah role model untuk anak.. anak nisa sangat aktif and lasak, tak boleh duduk diam walau seminit..time tido baru nisa boleh buat kerja atau relax..selebihnya kena jadi mak yang garang..dulu nisa tak garang dgn anak, after kak ju kata kekdang kita kena tegas dgn anak and garang utk kebaikan, nisa pun try...alhamdulillah memang bagus! Thanks kak ju...

p/s tapi bab nak jaga mainan, anak nisa memang fail..depan nisa dia control nice, bila kita dah leka sikit dia mula jadi mekanik kat kereta mainan dia, habis tayar, skru2 tercabut...waaaa..nak nangis nisa..

J u l i a 。.゜✿ said...

Nisa,
you're welcome dear. jadi garang sikit sikit je tak salah. =)
hehehe anak nisa suka jadi pomen kereta mainan dia yea. siap pandai cabut skru segala. cayalah !

happyichigo♥ said...

aaaaaaaaaaa rindunyaaaa kat juuuuuuuuuuuuuu! need some time nak bace entry2 ju niii...! i looove marie sangat2 dia kiut kan ju...!

Related Posts with Thumbnails