Showing newest 2 of 9 posts from January 2010. Show older posts
Showing newest 2 of 9 posts from January 2010. Show older posts

☆゚。・:*:・。゚ Sembilan Hari ゚。・:*:・゚☆





Lagi sembilan hari
lagi S E M B I L A N hari mahu jumpa fruitcake.
my mom pun nampak excited. suka betul dia mengusik saya.
alaaa menyakat takut - takutkan saya penat jaga baby hapa.
saya harap, saya tabah  kuat hati untuk berpantang seorang diri
bila mr.Afan  dah balik semula ke   Sudan nanti.
mama dah sediakan bilik untuk saya dirumah dia, tapi saya tolak.
bukan sombong atau tak sudi, tapi sebenarnya
family saya ni semua busy berniaga saya cuba tak nak susahkan mereka.
takpalah, kita tengok saja kemampuan saya macam mana k.
doakan saja saya boleh menjadi supermom hihihi.



petang tadi saya puas hati.  banyak tempat yang saya singgah.
 saya berjaya tak bawa balik sehelai plastik pun ke rumah.
sekarang sudah menjadi habit lah membawa shopping bags setiap kali keluar.
dalam kereta mesti ada empat atau lima shopping bags.
tadi ke Eastcoastmall, semua yang dibeli saya masukkan dalam bag besar tersebut.
then singgah Eng Hong beli barang - barang memasak untuk minggu ni,
semua barang basah saya letak dalam mickey bag tu. 
saya harap kawan - kawan yang lain pun buat habit macam ni ok.
sama sama lah kita sayang bumi ni. muah 



tadi masa di Eastcoastmall, saya lalu di hadapan Gintell.
ternampak lah benda di atas ni  comel je tersenyum pada saya at one corner.
terus saya berhenti, cari sales assistant di situ  tanya berapakah harga.



harganya rm128. saya belek - belek lagi tak nak pergi dari situ.
dah puas bayangkan benda ni akan comel dalam bilik  baby nanti,
saya terus minta sales assistant tu tunjukkan "kawan - kawan" teddy ni yang lain



ahaaaa sebenarnya red stripes teddy ni adalah  Bedside tablelamp.
"kawan - kawan" teddy yang lain semuanya cantik sangat tau.
ada yang berbaju flowery, checkered  macam - macam lah.
sampai  rambang mata saya dibuatnya.
saya pilih red teddy, coz i think it looks handsome funny.
hopefully  fruitcake suka tengok tablelamp ni bila dia besar nanti.

baby kekbuah tengah kuat bergerak ni.
mesti baby pun tengah happy coz esok mr.Afan  sampai Malaysia.
hati saya berdebar, excited. masih sama macam baru bercinta dulu.
tak sangka kan cuti beliau kali ni, kami akan bertukar menjadi tiga.
hmm mahu berangan kejap lah. lepas tu baru tidur.

 jumpa lagi semua. bye bye

☆゚。・:*:・。゚Winnie the Pooh ゚。・:*:・゚☆





dah lima hari saya takda keluar rumah.
lima hari juga saya tak jalan merata - rata.
nasib baik ada internet, astro kerja ofis yang bertimbun ni.
kalau tak mesti boring makan je lah kerja saya di rumah.
saya akan cuba siapkan account mama selaju mungkin sebelum bersalin.
hopefully baby kekbuah akan genius maths bila sekolah nanti.
sebab mummy dia asyik menghadap blog numbers saja siang malam.



selama pregnant kan fruitcake ni,
saya paling gemar buah - buahan tak tempatan,
macam lupa diri sangat duduk di negara buah tropika.
even bila lunch pun, lauk yang saya masak kena berupa cantik.
goreng sayur, lepas tu susun lawa macam takda kerja lain nak buat.
dah puas hati, barulah boleh bawa depan tv makan.
hehe seronok juga pengalaman mengandung ni.
ada lagi 17 hari tau. tak lama dah nak kiss fruitcake.



ini breakfast saya pagi tadi. Winnie the Pooh Pancake.
kesian mulut Pooh tak menjadi rupa mulut,  comotnyaaa.
silap saya sebab sapu nutella masa pooh tu tengah berasap panas lagi.



tambah pancake syrup my breakfast tastes soooo perfect
nak siapkan kerja. have a joyous weekend everyone