Showing newest 2 of 14 posts from July 2009. Show older posts
Showing newest 2 of 14 posts from July 2009. Show older posts

☆゚。・:*:・。゚ Our Love's Heart Beating ゚。・:*:・゚☆





tadi membuat my first maternity check up di Kuantan Specialist Hospital.
ramainya orang yang pakai face mask. berderau darah saya.
ya lah, berdebar juga bila ingat swine flu tersebut.
haihhh flu tu dah sampai ke Kuantan rupanya.
scary ok. makin lemah semangat saya nak jalan everywhere.



me my Afan tengok heartbeat our fruitcake.
alhamdulillah, semuanya ok.
cuma doctor kata fruitcake semacam besar sikit.
tak padan dengan umur beliau didalam womb saya ni.
hmm kan dah kata, anak Afan ni memang kuat makan.
sampai pitam pitam saya dibuatnya. hihihi.



kotak pink ni hadiah from my dear hubby.
tengok warna kotak saja dah cukup buat mata saya cair.
lepas my Afan hulur kotak tersebut, saya terduduk atas katil
buka perlahan - lahan...



comel sangat mencuit hati lah perangai sayang saya ni.
awalnya dah belikan hadiah untuk fruitcake.
its a pair of Kaloo Lilirose Rabbit Booties.
Afan kata ada dua design, another one is Kuma Booties.
tapi beliau sangat tahu saya gila suka Rabbit/bunnies,
so Lilirose it is. ahhh cukup buat saya terharu. muah muah
kami sangat berharap fruitcake adalah seorang babygirl. wheeee



comel kan bunny head tu keras tau dalamnya ada beads.
bila dipakaikan pada kaki baby yang nakal aktif bergerak,
akan mengkeluarkan bunyi beads tersebut.
huwaaa saya suka Kaloo. Thank you dear sayang.
i'm sure you're gonna be a good daddy.
me fruitcake loooooooooooooove ya

☆゚。・:*:・。゚ i'm a Happy Preggy Mommy ゚。・:*:・゚☆





dah lebih sepuluh tahun saya dan Afan tidak ke Kota Bharu.
memandangkan sejak preggy ni saya mengidam banyak makanan dari sana,
kami berdua setuju untuk jalan cari makan di Kota Bharu.
dari hari pertama sampai kami takda buat apa, cuma cari makan saja.
saya pula lansung takda hati nak .
sekejap akan cerita tentang makanan dengan mr Afan,
kemudian mula lah dua dua semacam mengidam keluar cari makanan lagi.
Kota Bharu memang destinasi paling seronok untuk makan puas



ini nasi kerabu yang kami tapau bawa balik dari Sungai Kolok.
kami berjalan sampai ke Takbai, Narathiwat Golok untuk makan.
nasi kerabu dari sana jauh berbeza dengan di Kuantan.
memang jauh lebih sedap like langit dengan bumi only
huwaaa saya suka nasi kerabu yang banyak hirisan bunga kantan.
sedapnyaaaaaaaaaa. nak pergi lagiiiiiii.



malam tu, Didi Lola datang ke hotel untuk jumpa saya.
yaAllah, terharunya bila saya dapat tahu Didi bawakan
kuih jala emas yang saya idam - idamkan selama ni.
terima kasih sangat to didi her Ummi.
ada lagi tu dalam peti ais. makan sikit takut cepat habis. hihi.



ini lah kuih yang selalu buat saya mengalir air mata semasa di Kuantan.
masa mula nampak kuih ni di Padang Bas, saya dah melompat happy.
bila masuk mulut je, rasa macam nak menangis lagi. punya lah seronok.
haih barulah saya faham perasan preggy mommy yang mengidam.
hmmm bercakap pasal mengidam ni kan,
husband pun menghadapi simptom yang sama. aduii geli hati saya tengok.
kejap ada je benda yang dia nak. gosok gigi pun dia boleh termuntah.
lepas tu dia akan tersenyum sambil usap fruitcake.

Oh ya, bercerita pasal makan makan di Kota Bharu.
hari terakhir kami disana, kami tak buang masa.. makan saja.
tiga kali kami pergi Pasar Siti Khadijah tu. makan di sana, tapau lagi.
seronoknya ratah udang, sotong, ketam yang besar besar.
lepas tu main teka harga dengan mr Afan.
macam biasa, kami terkejut gila bila semuanya murah sedap pula tu.
tapi kan, bila dah habis makan barulah kami sedar takda bawa camera.
haihh rugi betul.

tapi takpa, yang penting saya dah takda benda nak mengidam lagi.
semuanya dah dapat i'm a happy preggy mommy.
terima kasih Kota Bharu