☆゚。・:*:・。゚ One Scoop, Two Scoops ゚。・:*:・゚☆





macam - macam yang dah jadi minggu ni.
gembira suka duka, menangis tumpah air mata semua ada.
malaslah nak cerita kisah yang sedih berweepy eyes,
so saya cerita yang happy saja lah okek



dua tiga hari lepas, kitchen cabinet saya dah sampai.
lepas saya minta mr.Afan pergi gertak sikit company tu,
barulah kerja mereka jalan. kalau tak asyik terbengkalai je. geram saya.
alasan mereka, tengah busy nak pindah kilang lah hapa.
huh saya peduli apa thats not my problem.
mereka minta deposit 6k pagi tu, tengahari saya pergi bayar 10k terus.
dengan harapan sila siapkan kitchen cabinet saya secara laju laju. 
now dah sebulan setengah, baru nak mula kerja.
itu pun selepas Afan pergi gertak macam. sheeishh..



sekarang ni, cabinet dah siap pasang.
tapi still tak complete coz cabinet doors takda siap lagi.
Afan kata by 5th nov kena siap semua, kalau tak dia taknak bayar habis.
hahaha comelnya dia menggertak. garang like comunist.
then petang tadi company tu called saya, punyalah susah payah explaining
tentang cabinet doors yang tak siap di spray lagi. hihihihi tauuuuuuuu pun takut.
so insyaAllah, dipendekkan cerita mereka janji this saturday siap lah semua.
hip hip hoorey



saya dah ada ice cream scoop sets yang very yummy di pandang.
kedua set ni saya dapat di klcc minggu lepas.



geramnya tengok sundae cups yang jadi handle spoons tu.
saya semakin suka collect benda mencuit hati macam ni.
dah lah makan ice cream boleh buat saya happy,
guna pula set ni semakin happy lah



harga one set adalah rm73.
siapa suka, boleh cari di klcc.
ada kat booth favourite saya di groundfloor tu.



saya nak turun bawah jap. tengok orang tengah wiring rumah.
seronoknya sekali sekala husband balik, dia uruskan hal macam ni.
later if ada masa lapang, saya bual lagi disini okek.

bye bye

11 comments:

hana said...

adui, letih sudah banyak kali lompat masuk, tapi pagar asek kunci je..

kakju, lab ni takde sound, so takleh nak nyanyi mcm dulu-dulu hehehe

jaga diri ibu mengandung....

:)

◕‿◕ M a S s ◕‿◕ said...

comel gila ju.
ok, noted. klcc, booth kegemaran.
jangan pegi macam ari tu, dah habis.
siap la.

hubby skang suka makan ice cream tengah2 malam.
agak2 kalau guna benda ni, dia akan makan ice cream siang & malam ke ?
kekekekeke

seronoknya ada hubby di sisi,
leh gertak2. kerja pun jadi laju.

sayang ju selalu, muah.

dilaaa laaa said...

kakkkkk ju!
eeeeeeii comel!
leh gune tu suap baby fruitcake mamam nti!
;DDD

Zhoe Wynz said...

haiii... lama tak menyinggah.. hope e'things fine ya... anywayy... sangatt cuteeee set tuh... nak la..

Ayu Firzara said...

Comellllnyeeeeee gilee....huhuhu

Scha said...

Morning Ju cayunk~
new kitchen cabinet
wow!~ concept ape ye?
kalau ju free boleh
tak snap, nak tengok :)
kakscha suka interior
design :) camne ju sekarang
mesti fruitcake dah mula
kicking kan, alalaa tomeynye
anyway take care my dear
love u much xoxo :)

_Vu-JiE_ said...

kakju letak note TIDAK BOLEH DIMAKAN on sundae cups yg jadi handle spoons tu.. takut nanti termakan sekali. dah la comel.. hehehe.. kidding..

ohmy. fruitcake is 93 days to go!!! tak sabarnyaaaa~~ hehehee...

Scha said...

My dear Ju~
my daughter
save gifs ni for u
hope u like it
kakscha nye daughter
is ur silent reader :)
http://i687.photobucket.com/albums/vv240/Prettysnapshot/hellokittyhouse.gif

Cujie said...

ice cream tak sedap pon jadi sedap!

ada ke ice cream tak sedap.. hehehe

ღn0n0iღ said...

Hehe.. Kak Cujie.. mana ada ice cream tak sedap, kalau ada pon, Noi tak pernah jumpa lagi..

Ya Allah~~
Comelnya spoon tu... :)
Tapi agak mahal le bagi Noi.. lari bajet.. Ehehe.. ^_~
Its Ok lah, tengok preety things around Kak Ju pun dah buat Noi happy.

Kak Ju take care OK *Hugsss*

Super HaNa said...

sesekali husband balik..biar gertak diorang..

pasnih..confirm diorang igt..
ahaksss