☆゚。・:*:・。゚ Happyness Received ゚。・:*:・゚☆



hari ni dah 30 haribulan. lusa ialah new year.
saya sangat suka new year, sebab boleh mentanam cita.
cita pula mestilah yg sangat mudah dibuat,
bukannya yg susah payah dicapai sampai
kepala pening macam nak terbelah dua.
kalau mahu membuat new year resolutions,
tanamlah cita tahun baru anda dgn perkara yg mudah
supaya tahun depan takda lah merungut
bila sedar azam sebelum tu byk yg takda tercapai.

azam untuk tahun baru ni senang saja. saya nak
taat membayar bil supaya takda menjadi tunggakkan.
menjadi lebih rajin memandikan neko.
mengkekalkan hubungan yang aman damai with ehem
tidak makan bila sudah malam (aik boleh ke )
mengkurangkan meminum air sejuk dan berais.
wajib membuat sit-up berpuluh kali setiap hari.
belajar memakan halia muda sebagai ulam.
mahu menjadi berat cuma 45kg. (perghh yg ini paling susah)

apa pula cita tahun baru korang semua



sebelum Birthday saya baru ni,
saya telah received something in my mailbox
rupanya dari seorang kawan lama - Rona Zlan
kalau korang nak tahu, saya adalah silent reader Rona.
lama juga saya menjadi silent reader disitu, sebab blog dia best.
until one day, she wrote about her high school's life.
berkerut kening saya membaca entry tersebut,
coz selama ni saya tak tahu owner blog ialah dari kuantan
bila saya belek her entries yang lama,
barulah saya perasan yg dia ialah kawan sekolah saya.
ketawa lah saya, sebab saya memang takda sangka lansung
selama ni saya suka membaca cerita Rona best betul lah



saya buka envelope Rona tu dalam kereta,
menjerit happy bila saya tengok necklace yg Rona beri.
ok saya suka sangat sangat sangat
Rona kata, bila dia nampak je necklace ni
dia terus teringat pada saya dan beli lah.
terima kasih Rona. terharu sangat. suka nya



lagi satu pemberian Rona ialah Teddybear necklace
Oh cantiknya. bila sampai di ofis, saya terus tunjuk pada mama.
mama pesan, supaya jaga baik pemberian orang..
simpanlah rambut panjang supaya nampak lebih cantik.
barulah boleh mempakai Teddybear necklace yg Rona beri ni.
aik mama tolong straight to the point boleh tak *giggles*
ok ok saya faham maksud mama,
mama rindu saya berambut panjang sebenarnya.
saya pun rindu juga. nanti saya nak berambut panjang semula lah.
terima kasih Rona sebab membagi Birthday gifts yg cantik
muah muah sayang hugs Rona banyak

semoga kita semua mengakhiri tahun 2008 dengan kisah happy.
selamat datang tahun 2009.
jumpa lagi stay sweet everyone.
Related Posts with Thumbnails